Halaman

Rabu, 8 Jun 2011

PENGENALAN KEPADA KOS DAN ANGGARAN

TAJUK : PENGENALAN KEPADA KOS DAN ANGGARAN       
       
TUJUAN : 

Kertas penerangan ini menerangkan apakah yamg dimaksudkan dengan kos dan kenapa pentingnya kos dan anggaran.

PENERANGAN:

Kebanyakkan industri pengeluaran dan perkhidmatan perlu mengetahui kos bagi setiap produk yang dihasilkannya. Kos selalunya digunakan untuk menentukan harga bagi sesuatu produk. Harga bagi sesuatu produk akan dikira berdasarkan keuntungan pada sesuatu produk tersebut. Bagi sesuatu industri yang menghasilkan hanya satu jenis produk pengiraan kos adalah mudah, sebaliknya bagi industri yang mengeluarkan pelbagai jenis produk, pengiraan kos adalah amt kompleks. Oleh itu pengiraan kos adalah amat penting bagi semua bidang industri samada pengeluaran atau perkhidmatan.







   
 

KOS DAN ANGGARAN
PENGENALAN
Penghasilan sesuatu produk selalunya melibatkan proses yang dinamakan sebagai kos. Dalam erti kata lain, seorang jurutera perlulah menimbangkan sebarang penglibatan kos-kos yang diperuntukkan untuk produk yang akan dihasilkannya. Peruntukkan kos-kos ini boleh diambil kira berdasarkan faktor-faktor yang akan mempengaruhi perjalanan penghasilan produk yang terlibat.

DEFINASI KOS
1.    Kos merupakan satu sumber yang diambil kira dalam memenuhi syarat penghasilan sesuatu produk.
2.    Diambil kira dalam bentuk nilai matawang. Contohnya, Ringgit Malaysia, US Dollars, Rupiah Indonesia, British Pound Sterling.
3.    Proses pengiraan kos ini biasanya berlaku apabila hendak mengeluarkan produk baru ataupun penubuhan syarikat baru.

ISTILAH KOS.
1.    Kos adalah jumlah perbelanjaan yang perlu dibayar bagi mendapatkan sesuatu perkara atau melaksanakan sesuatu aktiviti.
2.    Kos dikenakan kepada:-
a.    Unit Kos     - Unit keluaran yang mana kos dapat dihubungkan kepadanya dipilih  
                                       berdasarkan yang paling berkaitan untuk sesuatu aktiviti  dalam   
                                       perniagaan tersebut, contohnya unit set TV yang dihasilkan,
                                       bilangan kerja, liter cat, kg bahan Kw jam dan seumpamanya.

b.    Pusat Kos   - Lokasi atau fungsi peralatan agar kos boleh dikaitkan sebelum   
                                       dihubungkan kapada unit kos.

KLASIFFIKASI KOS
Kos yang ditanggung oleh sesuatu aktiviti boleh diklasifikasikan menggunakan beberapa cara atau sistem. Klasifikasi uatama dan penting adalah berdasarkan kepada kos langsung dan kos tidak langsung.

§1    Kos langsung adalah kos yang boleh dihubungkan secara terus kepada sesuatu kerja, produk atau perkhidmatan. Kos ini terdiri dari kos bahan langsung, kos buruh langsung dan kos perbelanjaan.
§2    Kos tidak langsung terdiri dari kos bahan, buruh dan perbelanjaan yang tidak dapat dihubungkan terus kepada sesuatu produk atau servis
   
 

KOS LANGSUNG
1.    Kos bahan langsung – bahan mentah digunakan dalam membuat sesuatu produk.

2.    Kos buruh langsung – upah yang dibayar kepada pekerja yang menghasilkan produk
                                         atau gaji yang boleh dihubungkan terus kepada pekerja yang  
                                    menghasilkan sesuatu servis yang boleh dijual.

3.    Kos perbelanjaan langsung – perbelanjaan yang ditanggung khusus untuk sesuatu  
                                                kerja, projek atau servis yang boleh dijual contohnya
                                                peralatan yang disewa khusus untuk satu kerja.

§1    Kos utama (prime cost) adalah jumlah semua kos langsung iaitu:-

Kos utama = kos bahan langsung + kos buruh langsung + kos perbelanjaan     
                      langsung.

KOS TIDAK LANGSUNG
1.    Jumlah kos tidak langsung dikenali sebagai overhead.
2.    Overhead boleh dikelaskan kepada:-
§    Overhed kilang (production overhed)
§    Overhed pentadbiran.
§    Overhead jualan dan sebagainya.

3.   Overhead = kos bahan tidak langsung + kos buruh tak langsung + kos perbelanjaan   
                          tak langsung

       Jumlah kos keseluruhan boleh ditulis sebagai berikut:-
      
       Jumlah kos = kos langsung + kos tidak langsung.        

KELAS KOS
1.    Kos juga boleh dikelaskan kepada los tetap dan kos berubah.
a.    Kos tetap adalah kos yang tidak berubah dengan perubahan volum (aktiviti).
b.    Kos berubah adalah kos yang berubah berkadar dengan aktiviti.
2.    Kos juga boleh dikelaskan mengikut bentuk bahan, buruh dan perbelanjaan.
a.    Kos bahan termasuk bahan mentah, komponen, bahan penyelenggaraan dan lain-lain.
b.    Kos buruh termasuk kos penyeliaan, pencucian, pengkeranian dan lain-lain.
c.    Kos perbelanjaan termasuk sewa, kuasa, susut nilai, setem dan lain-lain.
      

KOS PRODUK.
§1    Kos yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk dari awal hingga akhir.
ELEMEN-ELEMEN KOS PRODUK
BAHAN
a.    Bahan mentah yang digunakan dalam proses pengeluaran.
b.    Bahan-bahan fizikal lain yang iguana sehingga produk tersebut disiapkan.
c.    Tentukan produk yang ekonomi dan munasabah.
d.    Membuat bandingan dari bekalan bahan dan bahan tak terus.
   
BURUH
a.    Kos upah atau gaji bagi pekerja yang terlibat secara terus dalam pengeluaran produk.
b.    Tentukan upah kos yang sesuai dan berpatutan.

PERBELANJAAN LAIN
a.    Semua kos pengeluaran yang tidak langsung.
b.    Upah buruh dan bahan yang terlibat secara tidak langsung, kuasa elektrik, insuran dan sebagainya.

BIL BAHAN (BOM)
1.    Proses pengiraan kos ini biasanya melibatkan beberapa faktor dimana proses pengiraan ini melibatkan satu kaedah yang dipanggil BOM (Bill of Material).

2.    BOM ini merupakan satu kaedah yang menggabungkan kesemua FAKTOR ini semasa membentangkan proses pengiraan kos ini.

3.    BOM adalah menyenaraikan kesemua komponen yang diperlukan untuk membangunkan produk tersebut.

KOS BURUH
SEJARAH KOS BURUH
Sebelum revolusi industri bermula, kos buruh merupakan kos yang paling tinggi sekali. Selepas keadaan revolusi itu berlaku, kos buruh telah dapat dikecilkan dengan kehadiran peralatan-peralatan/mesin yang menggantikan tenaga kerja insani. Proses-prose yang melibatkan bagaimana kos buruh itu dijalankan. Contoh, kiraan jam kerja, status buruh seperti kontrak, sementara, sambilan atau tetap./

   
 

DEFINASI KOS BURUH
§2    Upah atau gaji yang diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam pengeluaran sesuatu produk.
§3   
KAEDAH PEMBAYARAN KOS BURUH
1.    GAJI
§    Jumlah tetap yang dipersetujui iaitu bayaran bulanan yang diberi tanpa mengira jumlah jam kerja.

2.    JAM KERJA
§1    Berlaku dalam bentuk bilangan hari yang bekerja (daily rate) dan bergantung kepada kehadiran.

3.   HASIL KERJA
§2    Bayaran dibuat bergantung kepada bilangan produk yang dapat dihasilkan tanpa mengira waktu jam bekerja.

JENIS-JENIS KOS BURUH
1.    KOS BURUH LANGSUNG
§    Bermaksud upah yang dibayar kepada pekerja yang menghasilkan produk / perkhidmatan yang terlibat secara terus.

2.    KOS BURUH TIDAK LANGSUNG
§1    Selalunya berhubungkait dengan perbelanjaan yang tak dapat dihubungkait terus kepada sesuatu produk atau servis.

BURUH SECARA LANGSUNG.
1.    Melibatkan 2 komponen iaitu:-
a.    Waktu penggunaan buruh (Labour Hour)
- Pengukuran melalui penggunaan satu unit masa dengan aktiviti buruh yang   
                      dijalankan.

b.   Kadar penggunaan buruh (Labor Rate)
     - Merupakan jumlah yang dibayar kepada individu berdasarkan pada waktu   
       kerja dengan kerja yang telah dilakukan.
   

 

2.    Kos buruh merupakan hasil produk yang diperolehi dengan waktu buruh dan kadar buruh yang berpatutan.

                  Kos Buruh = Jumlah bekerja x Kadar yang telah ditetapkan.

KAEDAH ANGGARAN WAKTU BURUH
1.    Kaedah yang digunakan untuk menganalisa dan menilai waktu buruh.
a.    Round Table    – pendapat dari pakar-pakar yang terlibat dalam bidang    
                              tersebut.
b.    Comparison      - Menggunkan keseluruhan data yang dikumpulkan untuk   
                                             digunakan pada masa akan datang.
c.    Standar Labor  – Menetapkan suatu masa yang tertentu bagi menyiapkan
                              sesuatu produk.

KADAR BURUH
1.    Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan
a.    Pembangunan kadar buruh
b.    Analisa kadar buruh.
c.    Perjanjian kadar buruh.
d.    Undang-undang buruh.
e.    Konsep kerja lebih masa.
KAEDAH UNTUK MENYEDIAKAN KADAR BURUH
Terdapat dua kaedah iaitu:-
a.    Kadar buruh secara individu
b.    Kadar buruh secara purata.
KADAR BURUH SECARA INDIVIDU
Kebaikan
-3    Memilih individu yang terlibat dengan projek yang dikehendaki.
-4    Kadar buruhnya ditetapkan oleh pihak majikan yang mengambilnya bekerja.
-5    Pembayaran adalah berdasarkan gaji pokok serta kemapuan majikan yang upahnya.
   
 

Kelemahan
-3    Tidak praktikal jika berada dalam syarikat yang besar.
-4    Individu yang terlibat tidak menyiapkan projek pada waktu yang ditetapkan


KADAR BURUH SECARA PURATA

1.    Pengukuran kadar purata bagi setiap gred buruh bagi setiap bidang kerja yang diberikan.


   
PROSES KOS

















CIRI-CIRI BENTUK KOS

Pengiraan kos ini selalunya dikaitkan dengan pelbagai aktiviti sesuatu syarikat yang menghubungkannya secara terus dengan jumlah kos yang diguna pakai. Bentuk-bentuk kos ini boleh digambarkan dengan kaedah graf. Sesetengah bentuk kos akan menunjukkan aktiviti secara malar sahaja. Terdapat dua sebab utama bentuk kos ini diperkenalkan:-

§1    Untuk menjadi rujukan dan panduan bagi kos akan datang.
§2    Supaya kos yang akan digunakan mudah dikawal.
   

 

JENIS-JENIS BENTUK KOS

KOS BOLEHUBAH
§1    Kos ini menunjukkan peningkatan aktiviti adalah sama dengan penggunaan kos.
§2    Ini dapat dilihat dimana kos untuk menghasilkan satu unit produk adalah RM1, manakala untuk 2 unit produk ialah RM2 dan seterusnya.
§3    Kos ini juga lebih dikenali kos secara langsung.
§4    Ada juga kos bolehubah ini diketegorikan sebagai kos secara tidak langsung.
§5    Ini merujuk kepada kos yang digunakan untuk menghasilkan unit produk adalah tidak sama.
§6    Contohnya: RM1 digunakan untuk menghasilkan 2 unit produk.
§7   










KOS TETAP

§1    Kos ini merupakan satu jenis kos yang tidak berubah langsung walaupun aktiviti yang dijalankan sentiasa bergerak.
§2    Kos tetap ini hanya boleh diguna pakai untuk satu tempoh yang singkat sahaja.
§3    Sebagai contoh yang terbaik ialah sewa yang dikenakan kepada suatu permis tidak berubah walaupun aktiviti dalam premis itu sentiasa meningkat.
§4    Walaupun sewa itu dinaikkan, ianya tetap tidak menganggu aktiviti yang dijalankan dalam premis sewaan tersebut.
§5    Sewaan premis tersebut pula akan tamat pada tempoh yang tertentu, oleh itu kos ini akan menjadi satu kos tetap tidak langsung.







      

KOS SEPARA BOLEH UBAH
§1    Kos ini merupakan gabungan antara kos tetap dengan kos boleh ubah.
§2    Ini boleh dijelaskan dengan mengenakan satu jumlah kos yang tetap walaupun tidak ada aktiviti yang dijalankan dan kos itu terus meningkat jika ada aktiviti yang dijalankan.
§3    Bentuk kos ini selalunya dihubungkait dengan kos penggunaan utiliti.
§4    Contoh terbaik ialah telefon, ianya mempunyai satu kos sewa dan pemasangan yang tetap dan jika panggilan dibuat, ianya akan menjadi satu lagi kos yang perlu dubayar./
 









KOS SEPARA TETAP
§1    Elemen yang lebih kurang sama dengan kos tetap tetapi kosnya meningkat secara bertangga sejajar dengan peningkatan aktiviti.
§2    Contoh terbaik ialah melibatkan sewaan peralatan.
§3    Apabila satu peralatan telah digunakan sepenuhmya dan memerlukan peralatan kedua maka kosnya akan meningkat dan seterusnya.












RUJUKAN:
Rahman 1998, Kos dan Anggaran sesuatu reka bentuk , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 15-26.
   

1 ulasan:

  1. Best Casino Site 2021 - Choices Casino
    Choices Casino is ranked among the best online casinos and offers exclusive welcome bonuses. Read our 카지노 review and try 메리트 카지노 쿠폰 for yourself what the real money gambling 제왕 카지노

    BalasPadam

Cari Blog Ini