TAJUK : KONSEP REKAAN DALAM SESUATU REKABENTUK
TUJUAN :
Kertas penerangan ini menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep rekaan serta kaedah-kaedah yang perlu ada pada setiap konsep rekaan.
PENERANGAN:
Setiap sesuatu rekaan perlukan perancangan yang begitu teliti. Tidak kira perancangan projek itu kecil atau besar namun pada awal-awal pembuatan perlu dirancang dengan betul supaya tidak berlakunya sebarang masalah pada masa melakukan proses yang seterusnya. Perancangan dari segi kos, bahan mentah, komponen, mesin-mesin yang digunakan dan sebagainya. Jika perancangan dilakukan dengan betul maka kerugian dan pembaziran tidak akan berlaku.
KONSEP REKAAN
Dalam setiap pembinaan projek yang hendak dilakukan perlu membuat perancangan awal. Ia untuk memastikan tidak berlakunya sebarang masalah semasa kerja-kerja sesuatu projek dilakukan ini juga untuk mengelakkan berlakunya sebarng kerugian dan kerosakkan. Dalam sesuatu konsep rekaan antara kaedah konsep rekaan yang digunakan ialah:
ü1 Investigate
ü2 Generate
ü3 Making
ü4 Synthesis
ü5 Evaluate
ü6 Communication
INVESTIGATE
Kajian dan penyelidikan bagi menentukan tujuan, spesifikasi memilih keperluan dan perkara-perkara penting bagi menghasilkan sesuatu model projek. Penilaian masalah yang dihadapi bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian. Ia juga dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan kesukaran dalam menghasilkan Manual projek.
Manual projek kajian dan penyelidikan dilakukan dalam beberapa aspek antaranya mengkaji serta memilih jenis komponen dan metarial yang hendak digunakan, menganggar dan menilai kos serta menilai kos serta menilai sasaran penjualan.
Saiz-saiz dipilih berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap jumlah berat yang sesuai (mengikut kesesuaian-penggunaan, pemasangan dan juga fungsi)
Selain daripada itu berdasarkan kajian dan pemerhatian terhadap kekukuhan dan ketahanan struktur komponen dan material supaya ia mampu menampung beban dan tahan lama serta berfungsi dengan baik.
GENERATE
Generate ialah langkah kedua dalam kaedah konsep rekaan. Dalam langkah ini luahan idea dilaksanakan bertujuan untuk menghasilkan rekaan produk yang hendak dikeluarkan. Proses ini adalah dalam bentuk lakaran yang pelbagai. Berpandukan kepada projek, idea yang berbentuk lakaran dilakarkan berdasarkan beberapa aspek utama antaranya pemilihan rupa bentuk (keseluruhan), saiz serta serta komponen-komponen dan sebagainya.
Lakaran perlu dibuat bagi memudahkan kerja-kerja dilakukan. Rupa bentuk dilakarkan mengikut kesesuaian, memenuhi spesifikasi serta fungsi manual projek tersebut. Selalunya dalam setiap projek mempunyai ahli kumpulan, melalui semua ahli kumpulan idea-idea akan diperolehi dan boleh diguna pakai unyuk memulakan projek yang dirancang.
Penglibatan semua ahli kumpulan perlu ada untuk mendapat kata sepakat menggunakan idea yang telah dikeluarkan. Oleh itu langkah pada peringkat ini perlu ada untuk memastikan idea-idea diperolehi.
SYNTHESIS
Melalui proses generate ini, pelbagai idea telah dicurahkan, membincangkan lakaran yang dibuat dan dirancang. Dalam proses synthesis ini perlu diketahui setiap dimension lakaran yang dilukis. Ia bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja membuat projek dilakukan dengan terhasilnya lukisan dan lakaran yang lengkap.
Setiap lakaran yang dilakukan perlu dilukis dengan terperinci dan perlu diterangkan setiap bahagian yang dihasilkan.
MAKING
Making merupakan satu proses penghasilan produk dibuat setelah mendapat lukisan yang lengkap melalui perbincangan dengan ahli kumpulan. Selain itu segala mesin dan peralatan yang hendak digunakan dapat dikenal pasti dan dapat mengelakkan masalah yang timbul dalam penghasilan projek. Proses untuk membina projek adalah mengikut spesifikasi yang telah dibuat semasa proses mereka bentuk dan ia dibuat secara langkah demi langkah berdasarkan gant chart yang ditetapkan.
Proses ini melibatkan pelbagai bantuan alatan tangan dan mesin yang sesuai serta tenaga manusia supaya projek dapat disiapkan/dihasilkan tanpa sebarang masalah dan hasil yang berkualiti.
EVALUATE
Evaluate merupakan proses yang kelima. Apabila keseluruhan projek disiapkan ‘evaluate’ proses pembentangan, komen-komen dan kritikan serta pandangan diambil kira dan diterima baik. Tujuannya ialah untuk menilai kelemahan dan kekurangan yang ada pada projek yang telah disiapkan. Daripada penilaian tersebut hasil projek dapat diperbaiki dan dipertingkatkan nilai mutu pembuatan dan kepenggunaannya.
COMMUNICATION
Communication ialah satu proses dimana produk/projek yang berjaya dibuat dibentangkan. Bagi melancarkan proses pembentangan, alat bantuan mengajar diperlukan seperti OHP (Over heat projector ), komputer peribadi, note-book dan sebagainya.
Aspek yang perlu ada dan dititik beratkan ialah penampilan individu dan kumpulan itu sendiri sebagai egen penyampai maklumat. Antara perkara yang dititik beratkan ialah kemahiran menyampaikan maklumat, pengetahuan mendalam tentang projek dan kekemasan dalam berpakaian dan sebagainya
RUJUKAN:
Rahman 1998, Kos dan Anggaran sesuatu reka bentuk , Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, muka surat 32-38
Tiada ulasan:
Catat Ulasan